Wednesday, April 08, 2015

Dialok Sakti (Tarian Kuda Kepang) // 15.03.2014

KUDA LUMPING (TRADITION OF JAVA TO JOHORE)



Kuda Kepang merupakan tarian kebudayaan orang-orang jawa yang telah di bawa masuk oleh masyarakat Jawa setelah mereka mula berhijrah di negeri Johor. Di Negeri Johor, nama Kuda Kepang sudah sinonim dengan tarian yang dipanggil Tarian Kuda Kepang.

Kuda Lumping dance culture is bred people who were brought in by the Java community after they began to migrate in the state of Johor. In Johor, the name has been synonymous with Kuda Lumping dance called Kuda Lumping dance.

Tarian Kuda Kepang hanya dipersembahkan di kampung-kampung pada tahun 60an sebagai hiburan masyarakat setempat. Apabila persembahan ini mendapat permintaan yang tinggi di negeri Johor pada tahun 1971, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian di Negeri Johor  telah mengikhtiraf tarian Kuda Kepang ini sebagai Warisan Kesenian Rakyat khasnya masyarakat di Johor. Hal ini bertujuan untuk memelihara warisan ini supaya tidak pupus dan seterusnya dapat diwarisi oleh generasi baru.

Kuda Lumping dance performed only in villages in the 60s as the entertainment community. When these performances are in high demand in the state of Johor in 1971, the Department of Culture and the Arts in Johor has recognized the Kuda Lumping dance as Folk Arts Heritage society especially in Johor. It aims to preserve this heritage so as not to become extinct and thus can be inherited by a new generation.

Tarian Kuda Kepang dicipta oleh Wali Sembilan yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Ada pendapat mengatakan tarian ini dikaitkan dengan penyebaran Islam di Tanah Jawa kerana kesulitan Wali Songo untuk mendekati orang-orang di sana bagi menyebarkan agama Islam. Beliau mendapat idea menari-nari sambil menunggang kuda. Ada pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan. Seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari keriangan.



Kuda Lumping dance created by the Walis who live in the West in the 15th century. There is a view that this dance is associated with the spread of Islam in the West because of the difficulty Wali Songo to reach people there to spread the religion of Islam. He got the idea danced horseback. There are different opinions about the origin and nature connect fairyland. A horse named Horse Magnet fairyland down in Java is said to find his friend was missing. After meeting them dancing fun.

Menurut  Naim Marjani, (pengiat seni kuda kepang) kuda kepang itu mendapat namanya daripada kuda anyaman yang disebut “kepang” jalinan atau anyaman, kuda-kudaan atau kuda tiruan yang dibuat daripada kayu atau yang dianyam untuk permainan.  Pada awalnya, kuda anyaman yang dikepit di celah kelengkang penari menggunakan daun pandan tetapi kini ada yang diperbuat daripada papan lapis atau kulit lembu.

According to Naim Marjani, (pengiat art kuda) braid horse gets its name from the horse webbing called "braid" braided or woven, piggyback or artificial horse made of wood or woven to the game. Initially, horse webbing is clamped in between the perianal dancers use pandan leaf but now were made of plywood or cowhide.

Kuda kepang juga biasanya hitam dengan bulu tengkuk berwarna kuning dan kebelakangan ini, ada juga yang membalutnya dengan baldu, terutama kumpulan yang kerap membuat persembahan di peringkat lebih tinggi.untuk membuat satu persembahan, antara 20 hingga 25 orang diperlukan.

Kepang also usually black with yellow mane and lately, there are also wrapped with velvet, especially frequent group stage performances in more high.For make a presentation, between 20 to 25 people is required.

Sembilan adalah penari, lima pemuzik manakala selebihnya adalah “danyang”. Penari pula mengatur gerakan mengikut tempo muzik. “Danyang” adalah penjaga atau gembala kuda kepang yang menggunakan cemeti untuk mengawal gerak tari serta tingkah laku penunggang kudanya. Tempoh sesuatu persembahan bergantung kepada majlis dan suasana semasa berlangsungnya persembahan itu. Sepuluh  minit atau empat puluh minit adalah masa bagi  persembahan tarian biasa kuda kepang sebagai penyeri sesuatu majlis perkahwinan. 

Nine were dancers, five musicians and the rest is "Danyang". Dancers are set according to the tempo musical movement."Danyang" is a keeper or kuda shepherd who uses a whip to control the movement and behavior of cavaliers. A performance period depends on the occasion and atmosphere during the performance. Ten minutes or forty minutes is the time for the usual dance performances kepang as one enters a marriage ceremony.  



Untuk membuat persembahan, tidaklah boleh diteruskan secara melulu. Ada beberapa perkara yang mesti dipatuhi sebelum memulakan persembahan bagi tujuan keselamatan. Persembahan di majlis perkahwinan, contohnya, memerlukan tuan rumah menyediakan sedikit “sajen” dalam sebutan Jawa atau sajian yang berupa makanan atau kuih serta bubur merah putih, Khusus untuk penari pula ialah sembilan jenis makanan ringan yang berlainan. Tarian-tarian yang selalu dipersembahkan ialah tarian Sola, Selendang, Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan, Mempertahankan Diri dan sebagainya. Lenggang-lenggok di dalam tarian ini dinamakan Lenggang Kiprah.

To create a presentation, not be proceeded recklessly. There are several things that must be followed before starting the show for safety reasons. Performing at weddings, for example, require the landlord to provide some "offerings" in reference to the form of Java or food dish or cake and red and white pulp, Special to the dancers were nine different types of snacks. Dances are always offering is the dance Sola, scarf, Mr. Farmer, Shoots Bamboo Shoots, Struggle, Martial and others. Movement in the dance is called Lenggang Gait.


Larangan bahawa penonton tarian kuda kepang tidak boleh mengenakan pakaian berwarna merah dan merokok kerana dikhuatiri menyebabkan penari hilang kawalan adalah tidak benar (bagi kumpulan kuda kepang sinar warisan), namun begitu ianya bergantung kepada beberapa kumpulan kuda kepang kerana setiap kumpulan kuda kepang mempunyai keunikan yang berbeza.

Prohibition that the audience dancing horses can not braid wearing a red dress and smoking because of the concern caused dancer loses control is not true (for groups kepang ray heritage), however it depends on the number of groups kuda kuda because each group has different peculiarities.






The Collection Of Kepang Available At Museum Of Asian Art, University Of Malaya