Monday, March 16, 2015

Asal Usul Nama "Taming Sari"

Seperti yang diketahui umum, dalam Hikayat Hang Tuah ada tersebutnya nama Taming Sari iaitu sebilah keris yang dianugerahkan    
Keris Taming Sari

oleh Betara Majapahit apabila Laksamana
Hang Tuah berjaya menumpaskan 
Panglima Majapahit yang tersangat handal 
orangnya dalam pertarungan. Hal ini telah 
dikaitkan dengan keris yang dimiliki 
oleh panglima tersebut. 

Taming Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini, Taming Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika itu, dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah.

Taming Sari dikatakan seorang yang kebal kerana tidak mudah dicederakan oleh senjata. Kekebalan Panglima ini adalah terletak pada keris yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Semasa Hang Tuah berguru dengan Sang Adi Putera, gurunya itu telah memberitahu kepada Hang Tuah akan kelemahan Taming Sari. Justeru, menjelang hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud Shah  dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati.

Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai “Keris Taming Sari” dan telah dibawa pulang ke Melaka. Keris Taming Sari kemudiannya pernah dicuri oleh Sang Kertaksa, atas arahan Patih Gajah Mada dan Seri Betara Majapahit yang ingin membunuh Laksamana Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah bagaimanapun berjaya mendapatkan semula Keris Taming Sari dengan menggunakan ilmu sakti beliau. Setelah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya, Laksamana Hang Tuah telah dibuang negeri oleh Paduka Sultan Melaka.
Keris Taming Sari telah baginda berikan kepada Hang Jebat yang telah dilantik menjadi Laksamana bagi menggantikan Hang Tuah. Hang Jebat kemudiannya telah memasuki istana Sultan Melaka dan mengamuk membunuh ramai rakyat jelata. Hang Tuah yang disembunyikan oleh Paduka Bendahara telah dipanggil oleh Sultan Melaka untuk bersemuka dengan Hang Jebat. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, keris Taming Sari telah berjaya dirampas semula oleh Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat.


Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi jawatan Laksamana Melaka, yang terakhir sekali dijawat dan dipegang oleh (Bendahara) Hang Tuah. Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas. Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh.

Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik menghadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk menghadap sendiri Kebawah Duli Sultan kerana gagal mendapat Puteri Gunung Ledang untuk mengahwini baginda.


Tatkala Sultan Mahmud Shah meninggalkan Melaka, baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar, Sumatera pula. Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzafar Shah yang kemudiannya berangkat ke Perak (Darul Ridzuan) dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama.




Keris Taming Sari


 



Gambar Hiasan (Watak Hang Tuah Dalam Puteri Gunung Ledang)





1 comment:

  1. Sarung keris taming sari tidak mggambrkan keris jawa..mungkin saja keris itu berasal dari kerajaan luwu di sulawesi selatan kerana catatan sejarah sulawesi selatan mnyebut krjaan majapahit mengimport besi dan senjata dari tanah luwu..hang tuah dikatakan berasal dari sulawesi selatan jadi tidak hairan jika dgn mudah keris tersebut dpt dirampas dri pndekar majapahit..

    ReplyDelete