Monday, March 16, 2015

Asal Usul Nama "Taming Sari"

Seperti yang diketahui umum, dalam Hikayat Hang Tuah ada tersebutnya nama Taming Sari iaitu sebilah keris yang dianugerahkan    
Keris Taming Sari

oleh Betara Majapahit apabila Laksamana
Hang Tuah berjaya menumpaskan 
Panglima Majapahit yang tersangat handal 
orangnya dalam pertarungan. Hal ini telah 
dikaitkan dengan keris yang dimiliki 
oleh panglima tersebut. 

Taming Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini, Taming Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika itu, dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah.

Taming Sari dikatakan seorang yang kebal kerana tidak mudah dicederakan oleh senjata. Kekebalan Panglima ini adalah terletak pada keris yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Semasa Hang Tuah berguru dengan Sang Adi Putera, gurunya itu telah memberitahu kepada Hang Tuah akan kelemahan Taming Sari. Justeru, menjelang hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud Shah  dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati.

Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai “Keris Taming Sari” dan telah dibawa pulang ke Melaka. Keris Taming Sari kemudiannya pernah dicuri oleh Sang Kertaksa, atas arahan Patih Gajah Mada dan Seri Betara Majapahit yang ingin membunuh Laksamana Hang Tuah. Laksamana Hang Tuah bagaimanapun berjaya mendapatkan semula Keris Taming Sari dengan menggunakan ilmu sakti beliau. Setelah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya, Laksamana Hang Tuah telah dibuang negeri oleh Paduka Sultan Melaka.
Keris Taming Sari telah baginda berikan kepada Hang Jebat yang telah dilantik menjadi Laksamana bagi menggantikan Hang Tuah. Hang Jebat kemudiannya telah memasuki istana Sultan Melaka dan mengamuk membunuh ramai rakyat jelata. Hang Tuah yang disembunyikan oleh Paduka Bendahara telah dipanggil oleh Sultan Melaka untuk bersemuka dengan Hang Jebat. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, keris Taming Sari telah berjaya dirampas semula oleh Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat.


Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi jawatan Laksamana Melaka, yang terakhir sekali dijawat dan dipegang oleh (Bendahara) Hang Tuah. Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas. Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh.

Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik menghadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk menghadap sendiri Kebawah Duli Sultan kerana gagal mendapat Puteri Gunung Ledang untuk mengahwini baginda.


Tatkala Sultan Mahmud Shah meninggalkan Melaka, baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar, Sumatera pula. Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzafar Shah yang kemudiannya berangkat ke Perak (Darul Ridzuan) dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama.




Keris Taming Sari


 



Gambar Hiasan (Watak Hang Tuah Dalam Puteri Gunung Ledang)





Menara Taming Sari

Warisan Melaka zaman berzaman...




Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dan ianya bersebelahan dengan Dataran Pahlawan, Melaka. Menara Taming Sari ini dapat berputar pada 360 darjah bagi memudahkan para pelawat melihat panorama di sekitar Bandar Melaka secara keseluruhan. Antaranya pengunjung dapat melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan, Sungai Melaka, Pulau Besar dan juga Selat Melaka. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia dan yang pastinya tidak terdapat di mana-mana negeri di negara ini. Pembinaan Menara Taming Sari ini telah menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasminya pada 18 April 2008. Rekaannya atau design art menara ini adalah berdasarkan reka bentuk yang di ambil daripada sejarah Keris Taming Sari iaitu keris yang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka pada suatu ketika dahulu.


Seterusnya, kapasiti pelancong yang boleh memasuki menara ini mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi sehingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapatkan potongan harga sehingga 50% apabila menggunakan perkhidmatan ini. Di samping itu, menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.



Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka iaitu berdekatan Bangunan Stadthuys pada suatu masa dahulu. Akan tetapi menara ini dipindahkan di tapak baru disebabkan oleh tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka di samping untuk memelihara geofak arkeologi tersebut. Selain itu, di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata bagi memudahkan pengunjung membeli barangan untuk dijadikan kenangan.



Images of Taming Sari Tower

















Secara ringkasnya:

Name: Menara Taming Sari (360 degree viewing tower)

Height: 110 meter

Passenger Capacity: 66 passengers

Made/Technology: Switzerland

Ride Duration: 7 minutes

Operation Hours: 10.00 a.m-11.00 p.m

Ticket Price: Adult (RM20), Children (RM10)

For Futher Enquiry Please Contact:
MELAKA TAMINGSARI BERHAD
Tel: 06 2881100/ 06 2813366

www.menaratamingsari.com