N u r a l i z a H a m i d o n
Welcome to My Blog... :)
Wednesday, April 08, 2015
KUDA LUMPING (TRADITION OF JAVA TO JOHORE)
Kuda Kepang merupakan tarian kebudayaan orang-orang jawa yang telah di bawa masuk oleh masyarakat Jawa setelah mereka mula berhijrah di negeri Johor. Di Negeri Johor, nama Kuda Kepang sudah sinonim dengan tarian yang dipanggil Tarian Kuda Kepang.
Kuda Lumping dance culture is bred people who were brought in by the Java community after they began to migrate in the state of Johor. In Johor, the name has been synonymous with Kuda Lumping dance called Kuda Lumping dance.
Tarian Kuda Kepang hanya dipersembahkan di kampung-kampung pada tahun 60an sebagai hiburan masyarakat setempat. Apabila persembahan ini mendapat permintaan yang tinggi di negeri Johor pada tahun 1971, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian di Negeri Johor telah mengikhtiraf tarian Kuda Kepang ini sebagai Warisan Kesenian Rakyat khasnya masyarakat di Johor. Hal ini bertujuan untuk memelihara warisan ini supaya tidak pupus dan seterusnya dapat diwarisi oleh generasi baru.
Kuda Lumping dance performed only in villages in the 60s as the entertainment community. When these performances are in high demand in the state of Johor in 1971, the Department of Culture and the Arts in Johor has recognized the Kuda Lumping dance as Folk Arts Heritage society especially in Johor. It aims to preserve this heritage so as not to become extinct and thus can be inherited by a new generation.
Tarian Kuda Kepang dicipta oleh Wali Sembilan yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Ada pendapat mengatakan tarian ini dikaitkan dengan penyebaran Islam di Tanah Jawa kerana kesulitan Wali Songo untuk mendekati orang-orang di sana bagi menyebarkan agama Islam. Beliau mendapat idea menari-nari sambil menunggang kuda. Ada pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan. Seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari keriangan.
Kuda Lumping dance created by the Walis who live in the West in the 15th century. There is a view that this dance is associated with the spread of Islam in the West because of the difficulty Wali Songo to reach people there to spread the religion of Islam. He got the idea danced horseback. There are different opinions about the origin and nature connect fairyland. A horse named Horse Magnet fairyland down in Java is said to find his friend was missing. After meeting them dancing fun.
Menurut Naim Marjani, (pengiat seni kuda kepang) kuda kepang itu mendapat namanya daripada kuda anyaman yang disebut “kepang” jalinan atau anyaman, kuda-kudaan atau kuda tiruan yang dibuat daripada kayu atau yang dianyam untuk permainan. Pada awalnya, kuda anyaman yang dikepit di celah kelengkang penari menggunakan daun pandan tetapi kini ada yang diperbuat daripada papan lapis atau kulit lembu.
According to Naim Marjani, (pengiat art kuda) braid horse gets its name from the horse webbing called "braid" braided or woven, piggyback or artificial horse made of wood or woven to the game. Initially, horse webbing is clamped in between the perianal dancers use pandan leaf but now were made of plywood or cowhide.
Kuda kepang juga biasanya hitam dengan bulu tengkuk berwarna kuning dan kebelakangan ini, ada juga yang membalutnya dengan baldu, terutama kumpulan yang kerap membuat persembahan di peringkat lebih tinggi.untuk membuat satu persembahan, antara 20 hingga 25 orang diperlukan.
Kepang also usually black with yellow mane and lately, there are also wrapped with velvet, especially frequent group stage performances in more high.For make a presentation, between 20 to 25 people is required.
Sembilan adalah penari, lima pemuzik manakala selebihnya adalah “danyang”. Penari pula mengatur gerakan mengikut tempo muzik. “Danyang” adalah penjaga atau gembala kuda kepang yang menggunakan cemeti untuk mengawal gerak tari serta tingkah laku penunggang kudanya. Tempoh sesuatu persembahan bergantung kepada majlis dan suasana semasa berlangsungnya persembahan itu. Sepuluh minit atau empat puluh minit adalah masa bagi persembahan tarian biasa kuda kepang sebagai penyeri sesuatu majlis perkahwinan.
Nine were dancers, five musicians and the rest is "Danyang". Dancers are set according to the tempo musical movement."Danyang" is a keeper or kuda shepherd who uses a whip to control the movement and behavior of cavaliers. A performance period depends on the occasion and atmosphere during the performance. Ten minutes or forty minutes is the time for the usual dance performances kepang as one enters a marriage ceremony.
Untuk membuat persembahan, tidaklah boleh diteruskan secara melulu. Ada beberapa perkara yang mesti dipatuhi sebelum memulakan persembahan bagi tujuan keselamatan. Persembahan di majlis perkahwinan, contohnya, memerlukan tuan rumah menyediakan sedikit “sajen” dalam sebutan Jawa atau sajian yang berupa makanan atau kuih serta bubur merah putih, Khusus untuk penari pula ialah sembilan jenis makanan ringan yang berlainan. Tarian-tarian yang selalu dipersembahkan ialah tarian Sola, Selendang, Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan, Mempertahankan Diri dan sebagainya. Lenggang-lenggok di dalam tarian ini dinamakan Lenggang Kiprah.
To create a presentation, not be proceeded recklessly. There are several things that must be followed before starting the show for safety reasons. Performing at weddings, for example, require the landlord to provide some "offerings" in reference to the form of Java or food dish or cake and red and white pulp, Special to the dancers were nine different types of snacks. Dances are always offering is the dance Sola, scarf, Mr. Farmer, Shoots Bamboo Shoots, Struggle, Martial and others. Movement in the dance is called Lenggang Gait.
Larangan bahawa penonton tarian kuda kepang tidak boleh mengenakan pakaian berwarna merah dan merokok kerana dikhuatiri menyebabkan penari hilang kawalan adalah tidak benar (bagi kumpulan kuda kepang sinar warisan), namun begitu ianya bergantung kepada beberapa kumpulan kuda kepang kerana setiap kumpulan kuda kepang mempunyai keunikan yang berbeza.
Prohibition that the audience dancing horses can not braid wearing a red dress and smoking because of the concern caused dancer loses control is not true (for groups kepang ray heritage), however it depends on the number of groups kuda kuda because each group has different peculiarities.
The Collection Of Kepang Available At Museum Of Asian Art, University Of Malaya
Monday, March 16, 2015
Asal Usul Nama "Taming Sari"
Seperti yang diketahui umum, dalam Hikayat Hang Tuah ada tersebutnya nama Taming Sari iaitu sebilah keris yang dianugerahkan
oleh Betara Majapahit apabila Laksamana
Hang Tuah berjaya menumpaskan
Panglima Majapahit yang tersangat handal
orangnya dalam pertarungan. Hal ini telah
dikaitkan dengan keris yang dimiliki
oleh panglima tersebut.
Keris Taming Sari |
oleh Betara Majapahit apabila Laksamana
Hang Tuah berjaya menumpaskan
Panglima Majapahit yang tersangat handal
orangnya dalam pertarungan. Hal ini telah
dikaitkan dengan keris yang dimiliki
oleh panglima tersebut.
Taming Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan
Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat
ini, Taming Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika
itu, dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada
untuk membunuh Hang Tuah.
Taming Sari dikatakan seorang yang kebal kerana tidak mudah dicederakan oleh senjata. Kekebalan Panglima ini adalah terletak pada keris
yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang
ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Semasa Hang Tuah berguru dengan Sang Adi Putera, gurunya itu telah memberitahu kepada Hang Tuah akan
kelemahan Taming Sari. Justeru, menjelang hari pertarungan antara kedua pendekar
ini di hadapan Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud Shah dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas
keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati.
Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai “Keris Taming Sari” dan telah dibawa pulang ke Melaka. Keris
Taming Sari kemudiannya pernah dicuri oleh Sang Kertaksa, atas arahan Patih
Gajah Mada dan Seri Betara Majapahit yang ingin membunuh Laksamana Hang Tuah.
Laksamana Hang Tuah bagaimanapun berjaya mendapatkan semula Keris Taming Sari
dengan menggunakan ilmu sakti beliau. Setelah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya,
Laksamana Hang Tuah telah dibuang negeri oleh Paduka Sultan Melaka.
Keris
Taming Sari telah baginda berikan kepada Hang Jebat yang telah dilantik menjadi
Laksamana bagi menggantikan Hang Tuah. Hang Jebat kemudiannya telah memasuki
istana Sultan Melaka dan mengamuk membunuh ramai rakyat jelata. Hang Tuah yang
disembunyikan oleh Paduka Bendahara telah dipanggil oleh Sultan Melaka untuk
bersemuka dengan Hang Jebat. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang
Tuah, keris Taming Sari telah berjaya dirampas semula oleh Hang Tuah yang
kemudiannya menikam mati Hang Jebat.
Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi jawatan Laksamana
Melaka, yang terakhir sekali dijawat dan dipegang oleh (Bendahara) Hang Tuah.
Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas. Keris ini dihargai
sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar
musuh.
Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada
Tun Mamat untuk dibawa balik menghadap Sultan pada masa itu kerana beliau
terlalu malu untuk menghadap sendiri Kebawah Duli Sultan kerana gagal mendapat
Puteri Gunung Ledang untuk mengahwini baginda.
Tatkala Sultan Mahmud Shah meninggalkan Melaka, baginda
membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar, Sumatera pula. Kemudian
baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzafar Shah yang
kemudiannya berangkat ke Perak (Darul Ridzuan) dan ditabalkan sebagai Sultan
Perak yang pertama.
Keris Taming Sari |
Gambar Hiasan (Watak Hang Tuah Dalam Puteri Gunung Ledang) |
Menara Taming Sari
Warisan Melaka zaman berzaman...
Menara
Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar
Hilir, Melaka dan ianya bersebelahan dengan Dataran Pahlawan, Melaka. Menara
Taming Sari ini dapat berputar pada 360 darjah bagi memudahkan para pelawat
melihat panorama di sekitar Bandar Melaka secara keseluruhan. Antaranya
pengunjung dapat melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit
St. Paul, Dataran Pahlawan, Sungai Melaka, Pulau Besar dan juga Selat Melaka.
Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia dan
yang pastinya tidak terdapat di mana-mana negeri di negara ini. Pembinaan
Menara Taming Sari ini telah menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 24 juta.
Menara ini dibuka secara rasminya pada 18 April 2008. Rekaannya atau design art menara ini adalah berdasarkan
reka bentuk yang di ambil daripada sejarah Keris Taming Sari iaitu keris yang
telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka pada suatu
ketika dahulu.
Seterusnya,
kapasiti pelancong yang boleh memasuki menara ini mampu memuatkan sehingga 66
orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi sehingga 10 malam
dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang.
Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapatkan potongan harga sehingga 50%
apabila menggunakan perkhidmatan ini. Di samping itu, menara tersebut yang
dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang
dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.
Lokasi
asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka iaitu berdekatan Bangunan
Stadthuys pada suatu masa dahulu. Akan tetapi menara ini dipindahkan di tapak
baru disebabkan oleh tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman
Kesultanan Melayu Melaka di samping untuk memelihara geofak arkeologi tersebut.
Selain itu, di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe
dan sebuah kedai cenderamata bagi memudahkan pengunjung membeli barangan untuk
dijadikan kenangan.
Images of Taming Sari Tower
Secara ringkasnya:
Name: Menara Taming Sari (360 degree viewing tower)
Height: 110 meter
Passenger Capacity: 66 passengers
Made/Technology: Switzerland
Ride Duration: 7 minutes
Operation Hours: 10.00 a.m-11.00 p.m
Ticket Price: Adult (RM20), Children (RM10)
For Futher Enquiry Please Contact:
MELAKA TAMINGSARI BERHAD
Tel: 06 2881100/ 06 2813366
www.menaratamingsari.com
Subscribe to:
Posts (Atom)